Bismillahirrahmanirrahim~
Semalam berterawih di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah (my sultan), UIAM Gombak.
Perasaan bercampur baur.
Gembira+semangat+sedih.
Gembira kerana bulan penuh barakah telah kembali.
Semangat bertadarus+murajaah bagi mcari kembali kekasih lama yang mungkin sudah merajuk agaknya..ALLAH~
Sedih mengimbau memori. Merindukan tarbiah alQuran di bumi MTS.
Usai maghrib kami mcari port untuk bertadarus. Memandangkan tempat gelap di bahagian muslimat (lampu tidak di buka). Lalu terduduk berhampiran tiang yang mempunyai kipas. Sedikit lega dari kpanasan.
Sedang asyik murajaah, tiba-tiba tersenyum .Menerawang situasi ini 3 tahun lalu.
situasi yang sama.
di masjid Tok Guru, MTS.
mcari tiang yang mempunyai kipas.
duduk murajaah mnunggu azan maghrib.
sebelum keluar untuk ifthor di kantin,
sudah di tandakan tempat bhampiran tiang itu.
untuk keselesaan terawih nanti. :)
SEBAK dan SEBAK~
Allah dimana hatiku saat ni.
Rindu tarbiah itu.
walau pahit namun itu lah bekalan yang aku bawa saat bmusafir mcari ilmu di dunia ini.
tarbiah yg mbentuk hati agar akhirat sebagai matlamat.
bukan dunia di hati.
ALLAH~
di sini ingin ana share kan hasil nukilan junior ana. #mengimbau memori.# tarbiah bumi barakah.
*****************************************************************
alunan Quran pada pembesar suara masih belum terhenti,
menemani lena kami di malam hari,
sehingga dingin pagi kami masih lagi bersisa,
sehingga mnjadi bed time story buat kami.
bermula jam lingkungan 4 pagi,
bergemalah suara AJK Asrama mngejutkan kami,
disusuli siren yang membingitkan,
tetapi itulah yang mntarbiah kami.
bangkit sudah,
yang garang mmbuatkn ruh kami 'teruja',
mengantuk ditepis bersahaja,
tatkala Ustaz Amir memberi petanda.
"sejid3..."
Itulah dia suara bapa-bapa kami,
Tatkala mendengarkan itu,
gerun mendengar ugutan yang bakal diterima para masbuq subuh,
ya Allah, benar-benar kami ditarbiyyah.
seusai subuh,
bacaan yasin dilantunkan imam yang terkadang bercampur mengantuk,
tapi terpaksa ditepis bimbang rotan melayang,
seperti sebelumnya,
checklist dikeluarkan,
yang memonteng jemaah subuh bakal dihukum,
dicari segenap penjuru asrama,
di katil empuk hatta di celah sinki sekalipun.
tarbiyah tetap tarbiyah.
manisnya.
sehabis yaasin,kami dibenarkan pulang.
pada kotak fikiran pelbagai bayangan bermain di kepala,
ada yang ingin smbung ‘kembara maya’,
tak kurang yang ingin mncari modal tasmi’ nanti..
tetapi buat senior F3, F4, dan F5,
mereka kebanyakan sudah mengisi bangunan akademik,
mengulangkaji sambil menghirup kenyamanan subuh di Bukit Panau.
diwaktu akademik inilah,
kami disajikan dengan tayangan-tayangan live dari para murabbi,
mndenda pelajar yg tak tasmik, tak tebuk, mahupun tidak murajaah..
segalanya mencalit suka duka..
yang banin menghadap blok banat,
malu tetap malu,
habis sesi akademik,disambung pula dengan prep,
rasa letih yg tak terkata,
tatkala senggang keduanya kami harus memilih,
antara rehat atau meneruskan timbunan kerja skolah..
asar mnjemput kami pula,
diwaktu ini kami sedikit kurang tekanan,
mathurat menjadi syarat bagi para penunggu padang,
mahupun bola jaring, futsal, dan bola sepak,
itulah syaratnya..
drama dan drama terus berlaku,
yang terkadang memberi sedikit cetusan emosi,
apabila baninnya berlagak di padang banat,
mahukan court emnjadi miliknya..
alasan padang banyak kemuncup..
mereka takut barangkali..
di sini senior-senior mula turun padang,
menegakkan hak perkauman masing-masing..
menjadi adat pergaduhan yang memeningkan..
maghribnya,
grill akan dikunci tiba masanya,
yang terkurung dalam asrama itulah mangsanya,
kebanyakan mereka peminat tegar sukan..
lalu tayangan sekali lagi brlaku di masjid Tok Guru..
kelas murajaah menjadi kebiasaan,
bagi yang habis juzu,
menanti dan mencari-mencari guru untuk ditebuk bacaan,
yang belum, tasmi diteruskan bagi yang mahu..
namun itu setelah murajaah mereka selesai..
mengemaskan hafalan itulah menjadi amanah..
ada yang dendangan semerdu sudais
setelah itu,
masing-masing mengambil wudhu untuk al-mulk,
seterusnya,
diulit oleh sudais, toha junaid mahupun alghmidi,
inilah pengakhiran hari kami,
yang sama rutinnya..
sebagai pengembara di bumi huffaz,
mencari rahsia disebalik ayat-ayatNya…
syukran pada pengalaman dan kenangan..
al-faqirah indaLLAH,
farish_azim..
************************************************************************
RAMADHAN KAREEM, ALLAHU AKRAM!
0 comments:
Post a Comment