This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Jul 10, 2013

Ramadhan : tarbiah bumi itu

Bismillahirrahmanirrahim~

Semalam berterawih di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah (my sultan), UIAM Gombak.
Perasaan bercampur baur.
Gembira+semangat+sedih.

Gembira kerana bulan penuh barakah telah kembali.
Semangat bertadarus+murajaah bagi mcari kembali kekasih lama yang mungkin sudah merajuk agaknya..ALLAH~
Sedih mengimbau memori. Merindukan tarbiah alQuran di bumi MTS.

Usai maghrib kami mcari port untuk bertadarus. Memandangkan tempat gelap di bahagian muslimat (lampu tidak di buka). Lalu terduduk berhampiran tiang yang mempunyai kipas. Sedikit lega dari kpanasan.

Sedang asyik murajaah, tiba-tiba tersenyum .Menerawang situasi ini 3 tahun lalu.

situasi yang sama.
di masjid Tok Guru, MTS.
mcari tiang yang mempunyai kipas.
duduk murajaah mnunggu azan maghrib.
sebelum keluar untuk ifthor di kantin,
sudah di tandakan tempat bhampiran tiang itu.
untuk keselesaan terawih nanti.  :)

SEBAK dan SEBAK~

Allah dimana hatiku saat ni.
Rindu tarbiah itu.
walau pahit namun itu lah bekalan yang aku bawa saat bmusafir mcari ilmu di dunia ini.
tarbiah yg mbentuk hati agar akhirat sebagai matlamat.
bukan dunia di hati.

ALLAH~

di sini ingin ana share kan hasil nukilan junior ana. #mengimbau memori.# tarbiah bumi barakah.

*****************************************************************

Di penjara bahagia MTS itu~

alunan Quran pada pembesar suara masih belum terhenti,
menemani lena kami di malam hari,
sehingga dingin pagi kami masih lagi bersisa,
sehingga mnjadi bed time story buat kami.

bermula jam lingkungan 4 pagi,
bergemalah suara AJK Asrama mngejutkan kami,
disusuli siren yang membingitkan,
tetapi itulah yang mntarbiah kami.

bangkit sudah,
maka bermulalah 'drama' kami bersama warden,
yang garang mmbuatkn ruh kami 'teruja',
mengantuk ditepis bersahaja,
tatkala Ustaz Amir memberi petanda.

"sejid3..."
"kalu entum masbuq,guling tgh pdang"
"kalu entunna masbuq jale itik"

Itulah dia suara bapa-bapa kami,
Tatkala mendengarkan itu,
jalanan nan ayu dikibas laju,
gerun mendengar ugutan yang bakal diterima para masbuq subuh,
ya Allah, benar-benar kami ditarbiyyah.

seusai subuh,
bacaan yasin dilantunkan imam yang terkadang bercampur mengantuk,
tapi terpaksa ditepis bimbang rotan melayang,
seperti sebelumnya,
checklist dikeluarkan,
bagaikan mencari penjenayah tegar,
yang memonteng jemaah subuh bakal dihukum,
dicari segenap penjuru asrama,
di katil empuk hatta di celah sinki sekalipun.

tarbiyah tetap tarbiyah.
manisnya.

sehabis yaasin,kami dibenarkan pulang.
pada kotak fikiran pelbagai bayangan bermain di kepala,
ada yang ingin smbung ‘kembara maya’,
tak kurang yang ingin mncari modal tasmi’ nanti..
tetapi buat senior F3, F4, dan F5,
mereka kebanyakan sudah mengisi bangunan akademik,
mengulangkaji sambil menghirup kenyamanan subuh di Bukit Panau.

diwaktu akademik inilah,
kami disajikan dengan tayangan-tayangan live dari para murabbi,
mndenda pelajar yg tak tasmik, tak tebuk, mahupun  tidak murajaah..
segalanya mencalit suka duka..
yang banin menghadap blok banat,
dan begitulah sebaliknya..
malu tetap malu,
tetapi itulah cara guru mendidik kami..

habis sesi akademik,disambung pula dengan prep,
rasa letih yg tak terkata,
tatkala senggang keduanya kami harus memilih,
antara rehat atau meneruskan timbunan kerja skolah..

asar mnjemput kami pula,
diwaktu ini kami sedikit kurang tekanan,
mathurat menjadi syarat bagi para penunggu padang,
mahupun bola jaring, futsal, dan bola sepak,
itulah syaratnya..

drama dan drama terus berlaku,
yang terkadang memberi sedikit cetusan emosi,
apabila baninnya berlagak di padang banat,
mahukan court emnjadi miliknya..
alasan padang banyak kemuncup..
mereka takut barangkali..
di sini senior-senior mula turun padang,
menegakkan hak perkauman masing-masing..
menjadi adat pergaduhan yang memeningkan..

maghribnya,
grill akan dikunci tiba masanya,
yang terkurung dalam asrama itulah mangsanya,
kebanyakan mereka peminat tegar sukan..
lalu tayangan sekali lagi brlaku di masjid Tok Guru..

kelas murajaah menjadi kebiasaan,
bagi yang habis juzu,
menanti dan mencari-mencari guru untuk ditebuk bacaan,
yang belum, tasmi diteruskan bagi yang mahu..
namun itu setelah murajaah mereka selesai..
mengemaskan hafalan itulah menjadi amanah..
ada yang dendangan semerdu sudais 
ada juga bak alghamidi, 
tak kurang yang melantunkan cara baca toha junaid..

setelah itu,
tamatlah cerita kami..
masing-masing mengambil wudhu untuk al-mulk,
seterusnya,
tidur yang lena mnjadi impian,
diulit oleh sudais, toha junaid mahupun alghmidi,
inilah pengakhiran hari kami,
menanti pula cerita esok,
yang sama rutinnya..
sebagai pengembara di bumi huffaz,
mencari rahsia disebalik ayat-ayatNya…
syukran pada pengalaman dan kenangan..

al-faqirah indaLLAH,
farish_azim..


************************************************************************

RAMADHAN KAREEM, ALLAHU AKRAM!

Jul 6, 2013

mencari identiti

Bismillahirrahmanirrahim~

Sudah lama tidak meng'update'. menjangkau 6 bulan++.

#Kemalasan
#Ke'bizi'an...eheh

antara faktor tidak meng'update'. MAAF.

Sebenarnya, ana tengah mencari identiti diri menerusi blog ini. Sedikit janggal menaipnya dalam Bahasa Melayu. Kelazimannya menaip di dalam English. meng'improve' bahasa angannya.

Thayyib~

Ana bukan Inche Gabbana yang boleh menulis se'osem'nye pasal dakwah dn seangkatan dengannya.
Ana bukan Ramlee Awang Murshid yg mampu meng'thriller'kn pembacanye.
Ana bukan Hlovate yg memberi 'ibrah dalam Anthemnye.
Ana bukan Saiful Islam yang santai dalam mentarbiyah.


Ana juga tak mampu menjadi seperti...

Amirah Hazwani dengan gayanya yang tersendiri. Your English is superb, I bet!

Aini Ghazali. Lovely friend. She has deleted or privated her blog I think.
Juga bukan  seperti A**** W***** yg boleh berbicara kencang hal dakwah.

BUKAN.

Mencari identiti.
Bukan semudah yang disangka.
Kerna semuanye diambil kira oleh Raqib dan 'Atid.
Untuk di masukkn ke akaun akhirat.

"Tanganku kelak akan hancur di dalam tanah. Yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku. Moga sesiapa yang membaca tulisanku, doakanlah keselamatanku dari Azab (api neraka)." [Imam Syafei]

ALLAH.

Hajat di hati agar tulisan ini dapat dijadikan ibrah buat yang membacanya.
Namun kengkadang terpesong dari tujuan asal.
Tertulis diari kehidupan. Eheh..

BAIKLAH~

Sedikit perubahan setakat ini.

# mendisiplinkan diri agar tidak mencampuri antara Bahasa dan English
# melatih diri meng'update' dengan konsisten. 
# tiada diari kehidupan melainkan bertujuan muhasabah dan ibrah.

Ana tahu. blog ini mungkin di baca oleh 'Silent Reader'. mungkin juga dibaca oleh sesiapa sahaja dari serata dunia. dunia tanpa sempadan lah katakan.

Iya. tulisan yang kita update dan post mungkin boleh di delete selepas itu. namun, dosa darinya andai tidak menulis yg bmanfaat atau lagha mungkin tidak dapat di delete

KHAIR~

doakan ana.

HambaNya. EngineerForUmmah. DaieMencariIdentiti.

Bi iznillah.InsyaAllah!

Allahu 'alam.




Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More